Skip to main content

Let's Start Eat Clean!!

Assalamualaikum Uols

Post sebelum ni me share pasal Eat Clean.. Post kali ni meh me share ape yang kena uols prepare sebelum start eat clean.. yang ni pun berdasarkan pengalaman me, bacaan kat insta+google ngan guide by member seperjuangan eat clean yg mula lebih awal dari me

Ok first of all yang uols kene buat ialah tukar barang2 dapur uols kepada yang lebih healthy..
Antara yang kena tukar
1. Roti putih ~ roti wholemeal (contoh : roti gardenia wholemeal warna hijau, purple etc)
2. Peanut butter , Jam with sugar (Lady's choice , etc) ~ Peanut Butter , Jam with No Sugar Added ( Steffi's, Smucker & etc)
3. Beras Putih Biasa ~ Beras Perang / Beras Basmathi Parboiled
4. Garam Putih Biasa ~ Himalaya Pink Salt
5. Oat Biasa/ Cereal ~ Rolled Oats
6. Gula Putih / Gula Perang ~ Stevia/ Gula with no calories (Treasure syrup)- better blajar minum air masak je.. guna bila korg betul2 craving air manis je
7. Mayonis biasa ~ Mayonis Kewpie (Mild), Roasted Sesame Dressing ( Yang ni ambil ala kadar je ye.. bukan melimpah macam makan burger/subway )
8. Sosej/Daging Burger ~ Buat Sendiri pakai daging ayam/ikan (boleh cari resepi kat instagram/google)

sumber : google

Ni plak antara list of habits yang uols kena tinggalkan
1. Makanan bergoreng kepada kukus, grill, panggang
2. Nasi berbumbung kepada setengah cawan (kalau ikut sukatan me lebih kurang satu senduk nasi)
3. Nasi kuah banjir kepada nasi tak berkuah (kalau rase nak ada flavour tu boleh tambah sesudu sambal belacan)
4. Bahan perisa (sos, mayonis, msg) kepada extra herbs ( bawang lebih, pepper, oregano &etc)
5. Dried Fruits, Keropok(Jajan), asam2 kepada Fresh fruits, Kekacang
6. Makan tak ikut masa ~ makan 5-6x sehari (supaya xrasa lapar melampau)
7. Beli makanan kat luar ~ Masak kat rumah

Antara contoh menu yang paling senang korang nak ikut

Sarapan : - Roti wholemeal (2 keping)+ peanut butter (spt di atas) + pisang
                - Telur 1/2 masak

Lunch / Dinner : - Nasi 1/2 cawan+ Ikan Bakar + Sayur/Buah
                            - Roti Wholemeal + Telur rebus + Salad/tomato

Snacking : - Buah-Buahan (takde asam@ ye) /Kekacang/Telur rebus

Me suggest bila ulos start eatclean ni better bawa bekal dari rumah.. sebab makanan kat kedai ni seperti biasa banyak MSG yang membantutkan proses diet uols.. kalau sekali sekala boleh la tp pastikan xde kuah banjir k..

Untuk memasak pun sebenarnya resepi eatclean ni sangat simple je sebenarnya nak lagi mudah uols masak pakai non stick pan & air fryer.. xperlu minyak yang banyak / xperlu minyak langsung pun boleh.. contoh nak goreng telur. Kalau takde idea nak masak boleh refer instagram #eatcleanmalaysia

Me pun nak ingatkan dalam tempoh 21 hari uols kene strict dengan pelan pemakanan uols sebab sebab selepas 21 hari ni perut dan diri uols akan biasa dengan diet ni.. lepas 21 hari ni uols akan rasa perubahan dekat diri uols dari segi berat badan, kesihatan.. mula2 memang menggigil sebab perut tak biasa.. lepas 21 hari tu uols akan biasa.. sebulan sekali boleh la reward diri dengan cheat day.. makan apa saja yg uols nak.. pastu continue balik.. konsep nak kurus kan 80% pemakanan , 20% senaman.. so sekali sekala exercise la.. zumba2 kat rumah pun ok je..

So, dah faham kan berkenaan eatclean ni.. me ni bukan expert sangat ataupun coach diet . me just share pengalaman sebab eatclean ni sangat membantu me turunkan berat badan dan tingkatkan kesihatan.. yang paling penting jangan stress k bila buat diet ni.. just have fun sebab kita nak ubah corak pemakanan yang tak sihat kepada lebih sihat kalau boleh kena la sampai bila2 kita makan style eatclean ni..

Next post me cerita journey me buat eatclean ni k..



           

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA!!!

Assalamualaikum cuolss Selamat Hari Raya uols!! Macam mana raya tahun ni meriah ke idok? Tahun ni me beraya sorang sebab hubby keje sampai raya ke 10.. pas tu baru bleh cuti.. Kalau nak kate sedih, boleh la.. tp takla sedih naw2 sebab hubby mmg akan cuti raya dua tahun sekali.. so dah jadi lumrah dah.. Alhamdulillah family kami tak jauh.. lepas hubby g keje, me drive balik kampung family.. terkejar2 skit la.. yang penting dapat beraya dengan family.. pas hubby balik keje baru, belah malam baru boleh beraya dengan dia.. So, untuk yang senasib dengan me jangan sedih k.. yang penting suami kita cari rezeki yang halal.. just have fun dengan family kita insyaAllah lama2 biasa la.. Ok la uols.. next blog me update pasal experience buat eat clean.. xupdate dr hari tu.. huhu

Tahun baru, Azam Baru

Assalamualaikum guys.. Lama naww me tak bersiaran.. Sebenarnya too much things me nak share ngan awak2.. In Shaa Allah this year azam nak aktif berblog.. Nak masuk bulan dua baru nak berazam bagai.. Hahaha.. 2017 dah tinggalkan kita sebulan.. Throwback terlampau banyak benda jadi kat me.. Dan antara yang me boleh share mother in law me dah kembali ke rahmatullah 15 Oktober 2017.. Dan lebih menyedihkan sehari sebelum our wedding anniversary.. Macam mana nak celebrate lepas ni.. Hurmm..  Dah2 tak mau sedih2 lagi.. Harapnya 2018 adalah tahun refreshment dan tahun yang lebih menggembirakan dan lebih baik untuk me dan awak2..  Ok guys.. Stop kat sini dulu.. Nanti kita sambung lagi.. Lots of love, Archeyks 

Diet Eat Clean?? Berkesan Ke??

Assalamualaikum uols Lama me tak bersiaran.. so hari ni me nak share pasal info yang boleh beri manfaat kat uols Uols mesti pernah dengar diet eat clean kan.. Tapi uols paham & tau ke diet eat clean tu ape sebenarnya Oklah meh me share ngan uols based on pemahaman dan experience me buat diet eat clean ni.. Actually diet eatclean ni makanan yang uols ambil yang rendah Glisemik Indeks (G.I), takde pengambilan gula putih atau gula perang(no sugar), makanan diproses (contoh : fishball, sosej, nugget & the gang), no MSG, no deep fried food (pisang goreng, ikan goreng & the gang) & lain2 makanan xsihat Glisemik Indeks ni ape pulak?? Ok ni me bg info yang me dapat dari sumber online :  http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/diabetes-dan-indeks-glisemik/ Apakah yang dimaksudkan dengan Indeks Glisemik? Indeks glisemik (IG)  mengukur berapa cepat  makanan yang mengandungi karbohidrat (seperti nasi)  meningkatkan paras gula dalam darah  ses...