Salam...
Sbenarnya idea nak wat lasagna nie dah lama.. Cm malas je je nak buat sbb tgk rupe cm susah je... Bile cube cari2 resepi dkt internet, rasanya xsesusah mane dan bleh cube buat... Resepi me simple je sesuai untuk org yg malas nak bersusah payah mcm me nie...nie pun edit2 resepi kasi simple je
Resepi lasagna (untuk 2-3 orang)
Bahan2 :
Pasta lasagna - 2-3keping ( masak sampai lembut, make sure letak minyak skit masa masak tu biar x melekat)
Mushroom soup - 1 tin (me pakai campbell)
Sos spageti prego - 1 tin (Perisa original @ mushroom )
Keju mozzarella
Bawang besar - 1 biji (dicincang)
Daging hancur -1 paket
Oregano ( kalo ada ok, xde pn xpe)
Cara2 masak :
1. Pasta lasagna dimasak sehingga lembut dan pastikan semasa merebus tambah sedikit minyak untuk elakkan pasta melekat. Dah masak ketepikan dahulu.
2. Untuk lebih berkrim, masak Mushroom soup campbell.... Tambah air sedikit je sebab tak nak dia jd cair. Ketepikan dahulu..
3. Untuk sos merah, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging hancur.. Masak sehingga daging masak sepenuhnya kemudian masukkan sos prego dan oregano..kacau sekejap dan dah siap..
4. Sapukan marjerin / Butter pada bekas lasagna.. Masukkan pasta lasagna untuk layer pertama, kemudian sos merah, Mushroom soup dan akhir sekali taburkan cheese..ulang step sehingga mencapai ketinggian yg korg sume..
5. Untuk lapisan atas sekali , selepas Mushroom soup tabur cheese terus bakar..jangan letak pasta sebab pasta akan keras selepas masak kalo kita bakar ia..
6. Bakar pada suhu 180 - 200 , dalam tempoh setengah jam
Ni la hasilnya ..
Tada...
Selamat mecuba..
Comments